Wednesday, March 7, 2012


Journal Kehidupan



Kehidupan .. dlm pahit itu ada manisnya kemudian hari

Saban hari berbagai kisah yg kita lalui, samada kita lalui sendiri atau dari kisah insan2 yg lain.

Ekoran daripada itu kitalah yg harus pandai menyesuaikan diri dan memilih jalan kehidupan, sebagaimana yg kita inginkan. Jika kita tahu ada ranjau dan duri di tengah jalan, kita boleh meilih jalan lain. Tapi kalau jalan itu juga menjadi pilihan kita, maka bersedialah utk menempuh semua ranjau-ranjau ini. Kadangkala peristiwa atau permasaalahan yg berlaku itu ada baiknya kita menerimanya sebagai satu dugaan, namun sekiranya kita sengaja menempah kedukaan, jangan salahkan takdir sebaliknya salahkan diri sendiri yg tidak tahu menilai antara yg buruk dgn yg baik.

Dunia ini dipenuhi dgn berbagai ragam dan kehidupan. kita sendirilah yg memilih kesepian atau kesedihan. Manusia adalah makhluk yg mudah untuk berasa sepi walaupun mereka sebenarnya hidup di tengah keriuhan alam.

Kita sering menangisi sebuah kematian tapi sukar utk menghargai kehidupan. Kita sering menangis pilu mengenangkan perpisahan sedangkan terlalu banyak pertemuan yg kita sia-siakan. Kita juga kerap ketawa tetapi tak faham apa yg sedang kita ketawakan itu. Malah ramainya di antara kita yg memuja cinta tetapi apabila berlaku perpisahan, hilang semua kebaikan cinta yg selama ini dijunjung tinggi. Jarang benar org bersedia utk berpisah kasih dgn cara yg baik, sebagaimana mereka memulakan sebuah percintaan. Sering kita dengar suara2 yg penuh dgn kebencian terhadap seseorang sedangkan selama ini org itulah yg didewa-dewakan.

Jgnlah mudah berputus asa dan suka memandang sesuatu perkara itu dari sudut keburukan semata-mata, sering mengatakan kehidupan ini adalah satu kepahitan. Sekiranya kita ingin memandang dari sudut lain, byklagi kegembiraan yg boleh kita perolehi dan boleh membuat kita tersenyum, samada ketika kita mengalaminya atau ketika mengenangkannya semula.

Pahit dalam kehidupan itu bukan satu kesalahan, kerana dgn adanya rasa pahitlah kita peka terhadapa sebuah kemanisan. Sama seperti org bercinta, ia tidak mungkin manis sepanjang masa. Kerana dalam cinta ada penolakan, ada pertengkaran, ada kesabaran dan ada perpisahan. Inilah rempah ratus yg membangunkan kita menjadi seorang manusia dewasa akal dan fikirannya

==============================================


Dalam Baik Ada Buruknya....

Tertarik dengan cerita bagaiman suami terdiri dari orang baik2 tetapi isteri khianat dan derhaka. Contoh yang terbaik ialah perihal nabi LUT dan Nabi Nuh. Di mana nabi Lut dan Nabi Nuh adalah mahluk terpuji kesayangan Allah. Tetapi isteri kedua2 nya khianat dan derhaka (refer Surah AtTahrim : 10)

Manakala kadangkala isteri sangat baik tetapi suami macam shaitan. Contoh yang terbaik ialah Firaun (refer At Tahrim : 11)

Kadangkala anak sangat baik bapa yang tak baik jadi ahli neraka. Ini contoh nabi Ibrahim dan ayah nya.

Kadangkala bapa nya baik anak pula derhaka pada Allah. Ini contoh nabi Nuh.

Kadangkala dalam suatu keluarga yang besar, ada macam2 perangai. Bapa baik, anak pula, ada yang baik dan ada pula yang nakal. Ini contoh nabi Yaakob dan nabi Yusof serta adik beradik nya.

Bandingkan dengan keluarga kita tak banyak jauh beza nya. Dalam keluarga pasti ada masaalah. Kadang ada saja yang tak kena. Tapi semua nya terpulang kepada kita untuk menangani nya dan seterus nya menyelesaikan nya.

Adik beradik bagai gigi dengan lidah pasti tergigit. Tapi bila dah tergigit jangan lah terus gigit.

Yang sensitif tu, jangan lah terlalu sensitif. Dan yang suka bergadoh tu, jangan lah selalu cari pasal. Cuba cari common topic yang boleh membawa kita rapat dan mesra. Kalau di fikirkan alasan yang menyebabkan kita bergadoh, selalu nya adalah benda remeh temeh aje. Tapi benda yang remeh temeh ni lah yang menyebabkan kita bergadoh. Yang penting mesti ada pihak yang sanggop membuat langkah pertama, merapatkan jurang perselisihan.


===============================================================

Hari Ini dan Esok Tidak Pernah Sama....

Jika anda popular pada saat ini, ingat saat ketidakpopularan. Jika anda sihat waktu ini, ingat waktu sakit yang boleh datang dengan tiba-tiba. Jika anda tergolong dalan golongan orang berada, ingat saat ketidakberadaan.

Kesemuanya boleh datang dengan tiba-tiba. Kebahagian yang kita nikmati hari ini boleh pergi dalam sekelip mata. Kesihatan yang kita nikmati hari ini boleh berubah pada esok pagi.

Hidup ini penuh dengan putarannya, tanpa berhenti. Maka itu, usah terlalu susah hati jika anda tidak popular, besok mungkin anda menikmatinya. Jangan terlalu susah hati jika sakit, besok mungkin anda sembuh. Jangan terlalu kecewa dengan kemiskinan, besok mungkin anda berada.

Usah sangka wajah yang cantik itu tiket untuk berasa bahagia. Sama sekali tidak, sebab kecantikan boleh pergibiar bagaimana dijaga.

Dalam hidup ini adakalanya kita begitu mencintai, terlalu menyayangi, amat merindui hinggakan terasa tak mahu kehilangannya. Hinggalah satu saat kita rasa tiada apa-apa rasa lagi terhadapnya walau rasa untuk membenci, meskipun hati kita pedih terluka.

Dalam hidup ini, kita kena akui ia satu pertandingan. Ada kalanya kita menang ada kalanya kita kalah. Kita tidak sentiasa menang dan kita tidak sentiasa kalah. Ada kalanya kita berlari jauh meninggalkan pesaing, ada kalanya kita jauh ditinggalkan mereka.

Dalam hidup ini, kita kena akui bahawa kita adalah pelakon yang tidak pernah tahu skripnya. Kita boleh memilih untuk menjadi hero atau heroin tetapi kita tak pernah tahu bagaimana penyudahnya. Dalam dunia yang nyata, hero dan heroin tidak semestinya berakhir dengan kemenangan, adakalanya terus jatuh dan terus jatuh.

Kejatuhan bukan penghujung dunia. Ia skrip untuk menyedapkan jalan cerita. Setiap cerita tanpa tragedi adalah kisah yang sangat hambar. Bukanlah kita mengharapkan bencana, tetapi jika bencana datang itu masih boleh membahagiakan diri kita...




====================================================================

Yang Cantik, Yang Besar, Yang Bergaya....

Jika anda memandu di belakang kereta besar seperti ini anda akan lebih berhati-hati. Jika dibelakang anda kereta mewah, anda berasa geli dan cepat-cepat ketepi untuk memberi laluan kepadanya. Jika dilebuh raya, anda akan kelam kabut apabila kereta mewah dibelakang anda menyalakan lampu sedangkan anda masih terkial-kial memotong kereta di sebelah kiri sebelum dapat ketepi. Ataupun kereta itu dipandu laju seolah-olah akan menghentam kereta anda dari belakang.

Sedaya mungkin anda akan cuba memberi laluan kepada kereta-kereta besar lagi mewah ini, "Patutlah, sebab kereta tu mahal sepuluh kali ganda daripada kereta aku ni. Dia tentu orang penting dan nak cepat. Kalau 'bercium' dan aku yang salah, tak terbayar nanti".

Kerana itu anda selalu mengalah. Dan tatkala anda mengalah mungkin anda menyangka alangkah nikmatnya memandu kereta seperti itu. Tidak takut dengan speed trap, kerana sentiasa mampu membayar saman; boleh sentiasa melalui lorong laju dan semua kereta akan ketepi; boleh bermain lampu seolah-olah memarahi pemandu lain dan pemandu lain merasakan 'patut' dimarahi.

Apabila kita memandu kereta besar, kita merasakan lain macam terutama apabila semua kenderaan ke tepi bila kita berada di belakang, padahal kita bukan hendak laju atau hendak memotong, sekadar suka mengekor bontot orang..



Apabila kita memasuki mana-mana premis yang dikawal oleh pengawal keselamatan, penghormatan mereka jauh lebih tinggi berbanding jika kiat memandu kereta yg lebih kecil. Begitu juga bila kita cuba parking di hadapan hotel, kerata besar dan mewah biasanya tidak akan menghadapi apa-apa masalah, tapi kereta kecil......., padahal pemandunya orang yang sama, cuma bertukar kenderaan saja..

Aneh sungguh, penghormatan manusia boleh berubah hanya berpandukan kenderaan apa yang dipandunya. Sesungguhnya tidak adil sama sekali kerana sesetengah orang memang keretanya besar tapi hutangnya juga besar, sedangkan ada orang yang keretanya biasa saja tapi tak pernah tak cukup duit dan tak pernah berhutang. Situasi kedua-duanya hampir sama tetapi manusia lebih mudah terpukau oleh BESAR, CANTIK, BERGAYA....  


======================================================

Menangani Kesilapan...


Semua manusia pernah berbuat silap. Adakah anda takut melakukan kesilapan? Adakah anda tahu? bagaimana untuk menangani dan belajar daripada kesilapan? Sering mengulangi kesilapan yang sama? Benci kesilapan dan tidak dapat apa-apa daripada kesilapan?

Usah "bazirkan" hidup anda dengan melakukan kesilapan, tanpa mendapat sesuatu. Pelajarilah bagaimana untuk menangani dan mengurus kesilapan. Lebih daripada itu, anda boleh belajar daripada kesilapan anda! Tip di bawah ini mungkin boleh membantu anda :

Terima Kesilapan Yang Anda Lakukan

Memanglah kalau kita buat silap, kita berasa kecewa dan sedih. Tapi jangan biarkan kesedihan itu 'memerangkap' hidup anda. Terima ia sebagai satu pengalaman hidup yang akan terus mendidik dan membimbing anda.

Akui Hakikat BahawaKesilapan Adalah Sebahagian daripada Fitrah Kehidupan

Semakin banyak usaha untuk mencapai kejayaan, semakin besar risiko untuk anda melakukan kesilapan. Orang yang tidak buat silap ialah orang yang tidak buat apa-apa. tetapi tidak berbuat apa-apa adalah kesilapan yang paling besar. Kejayaan bukannya tidak melakukan kesilapan, tetapi tidak melakukan kesilapan yang sama untuk kali ke dua.

Hanya Lembah Yang Rendah Mampu Menadah

Air hanya pergi dan berkumpul di tanah yang rendah. Jika anda asyik meninggikan diri sendiri, maka alamat susah untuk menadah ilmu. Oleh itu, dalam banyak hal, anda perlu merendahkan diri dengan orang lain supaya boleh 'menadah' ilmu yang 'mencurah-curah' dari orang di sekeliling anda. Barulah anda boleh betul-betul belajar daripada kesilapan yang berlaku.

Sedia Untuk Meminta Maaf

Jangan rasa hina dan malu untuk meminta maaf. Meminta maaf adalah manifestasi kematangan dan rasa tanggungjawab seseorang itu. Jika anda berdiam diri, bukan sahaja dia marah kerana anda buat silap, bahkan menjadi semakin marah kerana ' kebiadaban dan berlagak' yang anda tunjukkan kerana enggan meminta maaf.

Jika Ia Kesilapan Peribadi Anda; Rahsiakannya

Ada kesilapan yang tidak melibatkan orang lain. Jika ini berlaku, simpanlah ianya sebagai satu rahsia hidup anda. Tiada guna anda membuka pekung di dada. Analisalah segera kesilapan itu dan lakukan usaha pembaikan demi perubahan.

Jika Ia Melibatkan Orang Lain?

Berterus terang dengannya, janjikan bahawa anda akan berusaha untuk memperbaiki kesulitan yang wujud kerana kecuaian anda. Setelah berusaha, terangkanlah apa yang anda telah lakukan dan sejauh manakah kerberkesanannya.

Belajarlah Daripada Kesilapan, Elak Daripada Berulang.

Renungkan apa sebenarnya apa yang telah berlaku. Apakah faktor-faktor sehingga berlakunya kegagalan itu. Kemudian, cari jalan untuk mengelakkan daripada perkara yang sama berulang kembali. Jika masih berlaku; mintalah bantuan mereka yang lebih berpengalaman dan berpengetahuan daripada anda. Terangkan kepadanya tentang masalah yang dihadapi secara terperinci. Bahkan kadangkala anda akan dapat mencari penyelesaian ketika anda sedang menerangkan kepadanya!

Jika Ada Kesilapan Yang Memalukan Majikan, Tangani Dengan Segera

Pergilah berjumpa majikan anda secepat mungkin, jelaskan kepadanya apa yang berlaku. Jika tidak, jangan terkejut jika majikan sendiri yang akan mencari anda, atau menyiasat kejadaian hingga ke akar umbi. Lebih teruk lagi, kalau majikan mendengar dan terpengaruh dengan gossip daripada orang lain. Bukankah ini semua akan 'mengucar-ngacirkan' hidup anda?

Jika Anda Tidak Dapat Memperbaiki Kesilapan Itu, Minta Bantuan

Tanyalah rakan-rakan anda yang lebih arif dalam bidang tersebut. Bincangkan dengan dia, apakah tindakan yang anda telah lakukan, dan kenapa masih tidak berjaya. Kemahiran memujuk dan mendorong sangat penting dalam proses ini.



===================================================================

Ada Kalanya Sepi Itu Indah

Perlukah dipertahankan satu rasa yang kita pasti tak kesampaian atau perlukah kita pertahankan sebuah kehilangan yang kita pasti kehilangannya jua ustau hari nanti atau kukuhkan sebuah ikatan yang terbina hanya di atas keruntuhan semalam, dikutip dari serpihan hati yang telah hancur berkecai?

Tatkala anda tidak mampu menjawab soalan-soalan seperti ini, ketahuilah sepi itu indah. Ketika anda tidak pasti untuk memberikan jawapan kepada soalan-soalan yang lahir dari hati anda sendiri, itu tandanya sudah sampai masa untuk berangkat pergi. Kala itu sepi lebih indah dari sebarang bunyi.

Jika anda terus berteka-teki sedang teka-teki itu tidak akan anda temui jawapannya, ketahuilah sepi mengatasi segala nikmat.

Maka katakanlah kepada diri, kali ini kita biarkanlah perpisahan ini, satu pengorbanan yang perlu kerana hidup ini hanya akan bererti bila tiba-tiba terasa kehilangan dan diperlukan, antara rela dengan tidak, walau kau lebih tahu, tak ada yang lebih berharga selain darimu, jua aku tak dapat melupakanmu.

Itu lebih bererti sebab ada kalanya perpisahan lebih bermakna daripada satu perhubungan yang amat menyusahkan. Tatkala anda berasa amat sakit oleh satu perhubungan, adalah lebih baik melangkah pergi.

Adakalanya kita perlu melangkat kebelakang untuk mengorak langkah lebih pantas ke depan. Adakalanya kita perlu menyepi kerana tatkala ini kadang-kadang ia lebih bererti dari satu perhubungan.

Katakan, "Aku berhenti berharap dan menunggu datang gelap sampai nanti satu saat tak ada cinta yang aku dapat, kenapa ada derita bila bahgia tercipta, mengapa ada sang hitam bila putih menyenangkan, aku pergi tanpa dendam, terima kekalahanku."

Ada waktunya, sepi menjadi lebih indah kerana di saat itu kita ada ruang untuk mengingati, merindui.

Cinta itu indah apabila ada urusan beri dan ambil. Jika hanya anda yang memberi dan dia tidak sudi semua urusan akan menjadi payah.

Tidak perlu merayu pada orang yang tidak sudi. Hati ini milik kita. Bawalah hati itu dan pergilah dari situ.



========================================================================

Untuk Apa Anda Berkahwin?

Berkahwin merupakan salah satu daripada sunnah Nabi S.A.W, manakala sunah itu sendiri merupakan satu amalan yang dijanjikan balasan pahala terhadap orang yang melakukannya.

Sayangnya ramai orang lebih banyak membina dosa daripada membina pahala dalam rumahtangganya. Sepatutnya rumah tempat kita membina bahagia, sebaliknya situlah kita membina derita.

Hairannya, mengapa orang berbuat begitu padahal perkahwinan itu sendiri sebahagian daripada sunah Nabi. Apalah gunannya berkahwin kalau itu menjadi tiket untuk keneraka, sedangkan Allah telah menjanjikan begitu banyak kebaikan yang boleh dijadikan penebus diri menuju ke syurga.

Apa yang mendorong mereka berkahwin pada mulanya? Apakah semata-mata kerana nafsu, cantik, kacak, harta, ikut adat atau suka-suka? Malangnya mereka yang menjadikan itu semua sebagai matlamat perkahwinan mereka. Sebab perkahwinan tidak hanya bermaksud ke situ. Kesemuanya itu hanya alat untuk merealitikan perkahwinan tetapi matlamatnya perlu menuju kepada keredhaan Allah.

Perkahwinan sedang dirumitkan, oleh suasana, keadaan dan adat-adat resam orang kita. Untuk melangkah ke alam perkahwinan sahaja pun seribu satu macam kerumitan yang terpaksa ditempuh, setelah berkahwin, kerumitan lain akan menjelma. Hari demi hari yang dilalui sentiasa mengundang masalah-masalah baru. Maklumlah perkahwinan memang banyak rencah-rencah dan asam garamnya. Beruntunglag mereka yang dapat sampai ke penghujung tanpa rasa kesal.

Untuk semua yang terasa tidak bahagia, ingin disarankan supaya anda semua menoleh sejenak melihat jejak-jejak yang pernah anda lalui dan tinggalkan. Di situ anda akan nampak betapa ruginya anda telah mensia-siakan hidup dengan masalah remeh temeh. Berapa banyak airmata yang telah ditumpahkan, berbanding tertawa yang dapat anda lampiaskan.

Dalam kehidupan, kita perlu banyak ketawa daripada bersedih. Jika kekasih lama yang menjadi sebab, anggap dia bukan jodoh kita dan pasangan sedia ada adalah lebih baik daripada dirinya. Jika harta yang menjadi alasan, lupakanlah soal dapat atau tidak, yang penting gembleng dan ubah strategi. iringi dengan doa dan tawakkal.

Jika orang tua yang menjadi masalah, ingatlah barangkali usianya sudah tidak lama. Orang tua memang begitu, nanti anda juga akan seperti mereka apabila tiba masanya, atau lebih teruk lagi. Apa salah memberi dia sedikit kepuasan mengikut caranya.

Apa pun, sabar memang diperlukan dalam setiap perkahwinan.

========================================================================

Melihat Positif Dalam Negatif


1. untuk suami/isteri yang tidur berdengkur diwaktu malam, kerana beliau tidur disisi kita bukan dengan orang lain.

2. untuk anak/adik perempuan kita yang mengomel apabila mencuci pinggan, kerana itu bermakna dia berada di rumah, bukan dijalanan berpeleseran.

3. untuk cukai pendapatan yang kita kena bayar, kerana itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan.

4. untuk pakaian kita yang dah tak muat, kerana itu bermakna kita cukup makan.

5. untuk lantai yang perlu dimop, tingkap yang perlu dilap, dan rumah yang perlu dikemas, kerana itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.

6. untuk bunyi bising jiran-jiran, kerana itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar.

7. untuk timbunan pakaian yang perlu dicuci/digosok kerana itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai.

8. untuk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk kerja kuat.

9. untuk tempat letak kereta yang jauh daripada lif, kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk berjalan.

10.untuk jam loceng yang berdering pada waktu pagi, kerana itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut...

HAVE A WONDERFUL DAY!!!
BELAJARLAH BERSYUKUR....... 


================================================================

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...