Wednesday, December 15, 2010

Fikiran Negatif dan Bagaimana Mahu Mengurangkannya

Adakah anda tahu kesan dan akibat bila anda suka berfikiran negatif? Dan adakah anda tahu apakah dia FIKIRAN NEGATIF? Jom baca....
Fikiran negatif boleh memusnahkan hidup anda, membuatkan hidup anda kurang ceria serta menenggelamkan karier anda dalam masa singkat. Fikirkan negatif ni kerjanya memusnahkan.

Fikirkan positif pula kerjanya membina. Untuk membina kecemerlangan, kita kena sentiasa berfikiran positif.

Seperti dalam hidup kita, apa saja kerja-kerja memusnahkan boleh dilakukan dalam masa yang singkat sedangkan kerja-kerja membina biasanya mengambil masa agak lama. Membinanya bertahun, memusnahkannya seminit dua saja.

Ingat lagi tak kisah kondominum mewah Highland Towers yang runtuh satu ketika dulu? Membinanya sebuah bangunan kondo amik masa bertahun, tapi runtuhnya tak sampai 5 minit. Singkat sungguh!!

Dalam usaha kita memburu kejayaan, seboleh mungkin kena tahu bagaimana untuk mengurangkan sikap berfikiran negatif supaya semangat kita tidak hilang begitu saja. Kita mahu sentiasa bermotivasi.

Jika kita selalu berfikiran negatif, kita tidak akan dapat bermotivasi dan kita langsung tak dapat memaksa diri kita jadi bermotivasi.

Jika fikirkan negatif mendominasi minda kita, ia akan menghakis jati diri kita lantas membentuk kita menjadi orang yang malas berusaha, takut berusaha bahkan tak ada dorongan untuk merubah hidup. Lama-kelamaan kita akan tumbang sebelum benar-benar berjuang.

Fikiran negatif kita tak boleh buang habis. Kita cuma boleh kurangkan, kawal supaya ia tak mempengaruhi tindakan kita.
 
Apa sebenarnya fikiran negatif?
Ia adalah sangkaan buruk pada sesuatu, pada seseorang, pada apa saja. Apabila kita bersangka buruk, ragu-ragu atau sangsi, kita sebenarnya sedang berfikiran negatif.

Fikiran negatif menghalang kita mencuba sesuatu yang baru. Fikiran jenis ni jugak yang membuat kita takut berusaha mencapai kejayaan sebab kita tak pasti kita boleh berjaya ke tidak.

Saturday, December 11, 2010

Gaya Hidup Mewah Punca Muflis

Sesiapa pun akan tersentak apabila membaca laporan berhubung tunggakan kad kredit rakyat Malaysia sehingga Disember 2006 yang mencecah RM20 bilion ekoran gaya hidup gemar berhutang menggunakan kad kredit walaupun tidak mampu dari segi kewangan. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, turut menyuarakan kebimbangan berhubung kes muflis membabitkan anak muda akibat tabiat berbelanja menggunakan kad kredit melebihi kemampuan. Sikap rakyat Malaysia suka berhutang bukan sesuatu yang baru dan menghairankan. Kenapa suka berhutang? 

Jawapannya terletak kepada 5 Punca ini :

Personaliti

Peribadi dan sikap seseorang yang sememangnya suka berhutang kerana sudah menjadi satu kebiasaan kepada dirinya melihat ibu bapa, adik-beradik dan saudara-maranya yang memang suka berhutang untuk memenuhi kehendak dan keperluan diri. Ibu dan kakaknya suka berhutang beli perabot, hutang kain, hutang pinggan mangkuk, hutang langsir sehinggalah beli alat solek pun dengan cara berhutang. Jadi budaya berbelanja melebihi pendapatan dan berhutang sudah jadi amalan biasa pada dirinya, malah mendapat sokongan padu daripada keluarga.

Pengaruh persekitaran

Hidup mereka sentiasa dikelilingi mereka yang menjadikan hutang sebagai gaya hidup malah rakan turut memberi galakan berhutang bagi membeli kereta yang kononnya setaraf dengan kerjaya mereka..

Promosi

Institusi kewangan dan yang berkaitan dengan kad kredit memang mensasarkan golongan muda dan bekerjaya sebagai pelanggan berpotensi dengan membuat promosi besar-besaran dan habis-habisan untuk menarik rakyat menggunakan kad kredit. Pelbagai iklan dan mesej yang digunakan untuk ‘memaksa’ mereka menggunakan kad kredit. Kehadiran jurujual yang tidak pernah penat ‘senyum dan ketuk pintu pejabat’ memang menjadikan taktik promosi ini sebagai strategi menarik golongan muda menggunakan kad kredit.

Pujian dan perasan

Sebagai manusia biasa, keinginan untuk mendapat  pujian dan dorongan untuk terus kelihatan anggun, cantik dan bergaya selaras dengan umur muda dan kerjaya mereka. Disebabkan terlena dan perasan dengan pujian itu, maka berlumba-lumba eksekutif muda wanita dan lelaki membeli barang berjenama yang bukan murah harganya, falsafah mereka ‘biar papa asal bergaya’ menjadikan mereka akhirnya papa dan merana kerana muflis. Siapa yang perlu dipersalahkan jika keadaan ini berlaku? Tepuk dada tanya selera!

Tidak cukup duit

Selalu pokai atau tidak cukup duit kerana gaya hidup mewah menjadi fokus utama mengapa kita banyak berhutang. Tidak salah memilih apa juga gaya hidup yang anda kehendaki, tetapi ukurlah baju di badan sendiri, jalan mana yang hendak anda lalui, jalan menuju kebahagiaan atau kesengsaraan. Tekanan fizikal dan mental seperti sukar tidur malam, keresahan, gangguan fikiran, panas badan, pening kepala, kekeruhan air muka, kelesuan, kemarahan dan pelbagai simptom fizikal yang akhirnya menjejaskan kreativiti, prestasi dan produktiviti pekerjaan anda yang baru mencipta nama dalam bidang yang ceburi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...