Wednesday, December 15, 2010

Fikiran Negatif dan Bagaimana Mahu Mengurangkannya

Adakah anda tahu kesan dan akibat bila anda suka berfikiran negatif? Dan adakah anda tahu apakah dia FIKIRAN NEGATIF? Jom baca....
Fikiran negatif boleh memusnahkan hidup anda, membuatkan hidup anda kurang ceria serta menenggelamkan karier anda dalam masa singkat. Fikirkan negatif ni kerjanya memusnahkan.

Fikirkan positif pula kerjanya membina. Untuk membina kecemerlangan, kita kena sentiasa berfikiran positif.

Seperti dalam hidup kita, apa saja kerja-kerja memusnahkan boleh dilakukan dalam masa yang singkat sedangkan kerja-kerja membina biasanya mengambil masa agak lama. Membinanya bertahun, memusnahkannya seminit dua saja.

Ingat lagi tak kisah kondominum mewah Highland Towers yang runtuh satu ketika dulu? Membinanya sebuah bangunan kondo amik masa bertahun, tapi runtuhnya tak sampai 5 minit. Singkat sungguh!!

Dalam usaha kita memburu kejayaan, seboleh mungkin kena tahu bagaimana untuk mengurangkan sikap berfikiran negatif supaya semangat kita tidak hilang begitu saja. Kita mahu sentiasa bermotivasi.

Jika kita selalu berfikiran negatif, kita tidak akan dapat bermotivasi dan kita langsung tak dapat memaksa diri kita jadi bermotivasi.

Jika fikirkan negatif mendominasi minda kita, ia akan menghakis jati diri kita lantas membentuk kita menjadi orang yang malas berusaha, takut berusaha bahkan tak ada dorongan untuk merubah hidup. Lama-kelamaan kita akan tumbang sebelum benar-benar berjuang.

Fikiran negatif kita tak boleh buang habis. Kita cuma boleh kurangkan, kawal supaya ia tak mempengaruhi tindakan kita.
 
Apa sebenarnya fikiran negatif?
Ia adalah sangkaan buruk pada sesuatu, pada seseorang, pada apa saja. Apabila kita bersangka buruk, ragu-ragu atau sangsi, kita sebenarnya sedang berfikiran negatif.

Fikiran negatif menghalang kita mencuba sesuatu yang baru. Fikiran jenis ni jugak yang membuat kita takut berusaha mencapai kejayaan sebab kita tak pasti kita boleh berjaya ke tidak.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...