KESABARAN DAN PENGORBANAN DALAM PEKERJAAN
Oleh: AMRU ALHAZ BIN ADNAN
Pengorbanan merupakan satu ungkapan yang menjelaskan kesediaan dan penyerahan diri seseorang individu tanpa ada sebarang paksaan. Pengorbanan lahir dari jiwa yang ikhlas dan sudah tentunya tidak mengharap sebarang balasan. Rukun Islam yang lima sejak awal lagi membawa erti pengorbanan. Islamnya seseorang melalui kalimah syahadah bermakna seseorang itu telah menyerahkan diri dan mengorbankan seluruh roh dan jiwa mengakui keesaan Allah.
Melalui ibadah solat, seseorang itu sebenarnya telah mengorbankan masa dan tenaganya untuk menyembah Allah. Ibadah puasa yang baru saja kita tempuhi juga membawa mesej pengorbanan seseorang hamba meninggalkan nikmat nafsu syahwat dan makan minum seketika semata-mata memenuhi tuntutan agama. Begitu juga dengan ibadah zakat, kita mengorbankan harta benda dan wang milikan kita cintai. Dan yang terakhir sekali atau puncak pengorbanan seorang muslim itu ialah menunaikan Fardhu Haji di Makkah. Kesanggupan mengorbankan dunia yang fana inilah yang mendorong jutaan manusia memenuhi lambaian kaabah pada setiap tahun. Pengembaraan ritual ini simbolik penyerahan diri zahir dan batin. Mana tidaknya, wang ringgit, keluarga tercinta, tenaga, masa, urusan perniagaan dan segala yang kita ada dikorbankan hanya kerana Allah. Hal yang demikian ini pastinya tidak mampu terlaksana tanpa sifat ikhlas dalam diri kita.

Jika diteliti rata-rata di kebanyakan jabatan kerajaan, tidak ramai yang sanggup mengorbankan sedikit masa dan tenaga di luar waktu atau bidang tugasnya. Sebagai contoh mereka mula memikirkan bayaran lebih masa atau mencipta alasan apabila diarahkan bertugas di luar waktu pejabat. Antara puncanya ialah disebabkan tiadanya rasa ikhlas atau tidak merasakan bahawa kerja itu juga merupakan satu ibadah yang dibayar pahalanya oleh Allah.
Umum mengetahui, ibadah terbahagi kepada dua, iaitu Ibadah Khusus dan Ibadah Umum. Ibadah Khusus ialah seperti solat, berpuasa, menunaikan zakat, bersedekah. Ibadah Umum pula ialah setiap perkara harus yang dilakukan dan mendatangkan kebaikan di samping keredhaan Allah. Justeru setiap pekerjaan yang kita lakukan akan sentiasa mendapat pahala selagi mana ia mendatangkan kebaikan apatah lagi dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan tidak terlalu berkira dan mengharapkan pujian dan balasan.
Jika diteliti dalam sirah, kita boleh mengambil contoh pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Allah Musa ketika mana dia dikahwinkan dengan salah seorang anak perempuan Nabi Syuaib ( Mengikut pendapat sebahagian ulamak) baginda disyaratkan untuk bekerja mengembala ternakan kepunyakan Nabi Syuaib selama 8 tahun sebagai ganti mahar. Namun Nabi Allah Musa secara sukarela menambah bilangan tahun dan menggenapkannya selama 10 tahun sedangkan pada ketika itu baginda sangat rindu untuk kembali kepada keluarganya di Mesir.

Dan katakanlah wahai Muhammad “Beramallah / bekerjalah kamu (akan segala yang diperintahkan) maka Allah dan Rasul-Nya serta orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan, dan kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui perkara –perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Dia menerangkan kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan.”
No comments:
Post a Comment